BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 7 April 2011

  • Sahabatku,
    dalam hidup yang penuh cabaran ini,
    aku telah rebah tersungkur,
    gara-gara cinta yang membutakan mata,
    aku menangis..
  • Kala hati penuh derita,
    kesengsaraan mengulit jiwa,
    dirimu menghulur persahabatan sejati,
    kasih sayang sahabat yang penuh erti..
  • Terima kasih sahabatku,
    atas doamu,
    atas sabarmu,
    atas nasihatmu,
    atas keletahmu,
    sesungguhnya kerana kasih sayang persahabatan ini,
    aku tegar kembali,
    terus kuat menghadapi hari-hariku,
    tanpa gentar aku melangkah lagi,
    mengusir duka lara ini pergi,
    mencari kebahagiaan lebih abadi..
  • Ya Allah,
    terima kasih atas anugerah persahabatan ini,
    rahmatilah kami,
    berkatilah kami,
    temukanlah kami dengan cinta yang lebih sejati,
    amin..

0 comments: