BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 8 April 2011



Cintaku Kepadamu


Wahai bidadari langit

moga lantunan bicara hatiku mencapaimu
di tanah terang ini kubuka hatiku
ketahuilah bahawa aku sangat mencintaimu
tiadalah redha Allah itu terbina atas cintaku
bahkan cinta itu kubina atas cinta-Nya
maka janganlah kau risau wahai bidadari
kerna sayap yang akan muncul nanti utuhnya menembusi syurga
kau mahal tanpa tandingan ulung
maka kumahalkan diriku lebih dari emas hitam
menjemputmu bukan dengan air liur kosong
tetapi dengan amal yang menjirus neraka hingga terpadam

manifestasi cintaku biar syurga-Nya

manifestasi benciku biar neraka-Nya
agar kita bahagia dalam keadaan sebenarnya
tidak kita sedih melainkan atas kecelekaan yang sebenarnya
Wahai bidadari langit
moga lantunan bicara hatiku mencapaimu
di tanah terang ini kubuka hatiku
ketahuilah bahawa aku sedang bersiap menjemputmu
bukan dengan tangan kosong
tetapi dengan jiwa yang dengan-Nya terus terhubung
bukanlah kesatuan kita hanya satu nikah

0 comments: